Telah 3 hari berturut-turut harga emas menunjukkan penurunan yang ketara.Daripada pendakian setinggi lebih USD1226/oz,kini emas terjelepuk pada harga USD1125.30.Secara kasarnya,penurunan ini adalah sebanyak 8.2%.
Carta Kitco menunjukkan trend harga emas sedang menurun.
Adakah anda PANIK?
Bagi saya jangan panik dan kecewa walaupun harga emas menunjukkan trend menurun.Diantara faktor yang menyebabkan harga emas merosot adalah :
(a)pengukuhan matawang dollar Amerika disebabkan krisis ekonomi di Dubai dan Greece.
(b)pelepasan pegangan emas atau penjualan dan pengambilan untung jangkamasa
singkat yang berleluasa bagi pelabur yang panik.
Hakikatnya,jika diambilkira jangkamasa panjang,pelaburan serta harga emas masih lagi meningkat berbanding penyusutan nilai matawang.Pelaburan emas bukanlah semata-mata untuk membuat 'keuntungan cepat',yang pastinya,penyimpanan emas dapat mengekalkan dan terjamin daripada terhakisnya kekayaan disebabkan inflasi.
Apa yang perlu anda lakukan?
Jika sebelum ini anda terkilan tidak sempat memiliki emas disebabkan kenaikan harga emas yang terlalu mendadak,maka,inilah peluang terbaik untuk memiliki emas.Inilah masa yang sesuai untuk memiliki emas disebabkan harga emas telah turun.Bagi mereka yang telah mempunyai emas pula,janganlah gelabah.Inilah masa terbaik anda untuk membeli emas lagi.Tambahkan koleksi simpanan emas anda.Bagaimana nak membeli,semua wang dah habis membeli emas dulu.Jangan lepaskan peluang harga emas turun,dengan membeli lagi emas dengan cara memperolehi wang dari sistem Ar-Rahnu.Gadaikan emas anda.Dapatkan 65% wang dari nilai marhun emas anda,beli lagi emas.Dengan cara ini,anda dapat menambah jumlah berat emas anda biarpun emas yang terdahulu berada dalam pajakan/gadaian.
Bagaimana sekiranya harga emas terus jatuh?
Ulangi lagi langkah diatas.Mesej yang jelas disini ialah kita terus meningkatkan jumlah simpanan emas bilamana harga emas semakin jatuh.Harga emas pasti melonjak kembali berdasarkan faktor-faktor berikut:
(a)Pelabur baru semakin ramai memasuki pasaran bilamana harga emas jatuh.
(b)Permintaan terhadap penggunaan emas yang sermakin meningkat dalam bentuk barang
kemas,peralatan elektronik,dan lain-lain.
(c)Kos menebus-guna emas yang tidak berbaloi terhadap emas yang telah digunakan
menyebabkan emas akan terus berkurangan.
(d)Tidak semua penyimpan emas akan menjual emas bilamana harga jatuh.
Apa yang perlu dibuat sekiranya harga emas melonjak semula?
Salah satu emas yang berada didalam simpanan harus dijual dan wang dari hasil jualan emas tersebut digunakan bagi menebus kembali satu per satu emas yang berada dalam gadaian Ar-Rahnu.
Kesimpulan dari trend naik-turun emas ini menunjukkan bahawa pelaburan berbentuk emas memberi keuntungan dalam jangkamasa panjang.Mana mungkin harga emas merudum terus dalam keadaan ekonomi inflasi,harga barangan kegunaan harian semakin meningkat,stok simpanan minyak mentah dunia semakin susut,peningkatan bilangan penduduk dunia yang semakin bertambah,dalam mana permintaan terhadap emas semakin bertambah.
Saya bukan pakar emas tetapi peringatan dari Rasulullah S.A.W. pasti berlaku....diakhir zaman tiada apa yang bernilai didunia ini kecuali emas dan perak.Bilamana harga emas meningkat terlalu tinggi,ramai yang tidak mampu untuk memilikinya,maka perak akan turut berharga mengiringi emas.Akhirnya emas dan perak akan jadi matawang untuk dunia bertransaksi.Seiring dengan kebangkitan negara di Timur dan seterusnya Islam akan kembali menjadi pegangan manusia.