Emas adalah salah satu unsur kimia. Simbol kimia emas adalah Au atau Aurum dan nombor atom 79. Karakter utamanya adalah logam lembut,mudah ditempa,mulur,logam peralihan,stabil iaitu tidak bertindakbalas dengan kebanyakan bahan kimia. Maksudnya emas tidak berinteraksi dengan bahan kimia atau senyawa yang lain.Dengan demikian, emas kekal dan berterusan selamanya - dan tetap berkilau sepanjang waktu!
Bentuk Emas Mentah
Emas digunakan oleh banyak industri, tetapi sejarah utamanya telah menggunakan emas untuk perhiasan dan matawang - kedua-duanya adalah dalam bentuk penyimpan nilai. Emas telah digunakan sebagai penyimpan nilai sekitar 5000 tahun lampau. Emas disukat dan dihargakan melalui Troy ouns dan Gram. Sebagai contoh emas (berkemampuan untuk menyimpan nilai): 2000 tahun yang lalu satu ouns emas dapat membeli pakaian yang berjenama dan berkualiti. Hari ini satu ouns emas juga masih boleh membeli pakaian yang berkualiti. Malah bakinya masih cukup untuk membeli beberapa kemeja, pakaian dalam,sepasang sepatu dan lain-lain.
Apabila dialoi dengan logam lain,perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir,emas 24 karat adalah emas tulin.
Sebagai pelaburan ketara,emas kadangkala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangkamasa panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya.
Emas menjadi semakin menarik disaat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya.
Graf pergerakan harga emas sejak tahun 2000 hingga 2009
Emas telah disebut sebagai "barometer ketakutan." Ketika pakar ekonomi cemas tentang ekonomi - mereka berpaling kepada emas dan menawarkan harga kepada emas. Dua hal utama yang membuat orang gelisah adalah deflasi dan inflasi. Kebanyakannya berfikir bahawa deflasi adalah "penurunan harga" dan inflasi adalah "kenaikan harga." Sebenarnya, naik dan turun harga adalah gejala. Akar penyebab berkurang (mengempis) atau meningkat (membesar-besarkan) dari jumlah wang yang beredar. Emas memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menyimpan nilai dalam kedua-dua gejala deflasi dan inflasi itu.
Rakyat Zimbabwee terpaksa 'menggendong' jutaan wang kertas bagi membeli barangan harian
Kaedah yang betul untuk berfikir tentang memiliki emas adalah sebagai simpanan atau pelaburan. Emas adalah penyimpan nilai yang hampir tercicir dari arus ekonomi. Tidak seperti bursa saham atau bon kerajaan - emas akan selalu mempertahankan nilainya. Hampir setiap negara mempunyai setidak-tidaknya satu "krisis matawang" yang teruk selama seratus tahun terakhir. Bagi mereka yang memiliki sebahagian dari kekayaan dalam bentuk simpanan dan pelaburan emas akan terselamat. Sayangnya ramai orang melihat tabungan emas mereka menjadi tidak berharga - kadang-kadang dalam hitungan hari.Simpanan emas akan dilihat bernilai untuk jangkamasa panjang.Nilai emas akan menjadi lebih utuh dan nilai yang kekal sepanjang zaman.
Nilai duit untuk membayar harga secawan kopi di Zimbabwee
Jadi, berfikir tentang emas sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Jangan berfikir emas sebagai cara untuk "membuat wang mudah." Lebih baik membeli emas dalam jumlah yang kecil tetapi secara teratur, setiap bulan misalnya, selama jangkamasa tertentu.Peruntukan 10% dari kekayaan dikhususkan untuk emas adalah keputusan peribadi dan bergantung pada situasi tertentu. Dalam jangkamasa ketidakpastian,peratusan tadi akan meningkat nilainya jauh lebih tinggi.
Jangan khuatir tentang menjual emas ketika tiba saatnya. Emas diakui dan dihargai di mana-mana di dunia. Lebih mudah untuk menjual emas daripada membeli emas! Tentu saja emas dapat digunakan dalam perdagangan barter atau seperti yang terjadi selama ribuan tahun.
50 juta dollar untuk sesikat pisang di Zimbabwee