Sunday, April 11, 2010

EMAS SEMAKIN BERNILAI

Alhamdulillah....nampaknya harga emas naik lagi pada penutupan hujung minggu di New York.
Ditutup lebih tinggi sebanyak USD10.20/0z kepada USD1161.40/oz dari USD1151.20/oz hari sebelumnya.
Disamping pengukuhan nilai ringgit berbanding dollar iaitu 1 USD = RM 3.1845 hari ini.

Kemerosotan berterusan index USD akan memberi lantunan lebih tinggi kepada harga emas.
Buletin Utama jam 8.30 malam TV3 tadi,ada ulasan yang menyatakan ringgit akan terus mengukuh sehingga hujung tahun 2010.


Jadi,aku lebih bersemangat untuk terus menukar wang lebihan perbelanjaan semasa/harian kepada emas.
Dengan pengukuhan nilai ringgit,kita masih dapat membeli emas sekarang pada sekitar harga lama biarpun harga emas dunia dah naik.

Selama mana ringgit akan mengukuh.

Wang ringgit yang dah ditukar kepada emas sekarang,akan mengekalkan nilainya apabila index ringgit mulai menyusut nanti.
Pada masa itu harga emas di Malaysia terus melantun.
Jangan lepas peluang memiliki emas sekarang.
Sama-sama kita tunggu harga pembukaan awal minggu depan.
Ramalan.....emas akan naik sehingga USD2000/oz tahun ini.....sama2 kita ikuti perkembangan.

Pilihlah emas fizikal jenis bar 24karat@999.9 berbanding barang kemas hiasan sebab faktor 'penyusutan' harga semasa jualan balik.
Disyorkan....pamp suisse 999.9=100g sebagai pilihan utama selain dari kijang emas,maple UOB dan bar Public Gold. yang agak mahal.