Monday, July 16, 2012

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS?


Ini merupakan pemahaman penulis blogger Nasz Gold Trading daripada pembacaan artikel yang ditulis oleh Dr. Steven Sjuggerud di dalam http://goldnews.bullionvault.com.


Bagaimana kita tahu bila kita boleh membeli emas …?

Steve Sjuggerud di dalam emel Daily Wealth memberitahu yang dia telah mendapat strategi mudah untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas … dan bila masa yang tidak sesuai.

Yang bagusnya, dengan melabur sebanyak US$10,000 di dalam strategi mudah ini boleh bertukar kepada hampir $2 juta sejak permulaan 70-an. Cuma membeli emas – dan memegang emas itu – pada masa yang sama boleh menukarkan $10,000 kepada hanya $300,000.

Carta di bawah menunjukkan cara-caranya. Garisan biru merupakan strategi mudah. Garisan emas merupakan harga emas.



Strategi mudah Steve Sjuggerud mampu meningkat naik secara stabil dari bahagian bawah sebelah kiri carta hingga ke atas di bahagian kanan. Ia hampir sepenuhnya mengelakkan kejatuhan Dollar pada 1957 – 1977. Dan ia secara amnya mengelak kejatuhan emas selama dua (2) dekad dari tahun 1980 hingga 2000.

Menurut Steve, strategi mudah ini sangat mudah tetapi ia berdasarkan titik-titik penting. Biar Steve menerangkannya.

Bagaimana kita tahu bila pasaran emas telah berada dalam keadaan ‘bull”? Titik yang sangat penting ialah bila emas hanya melonjak naik kerana ada berlaku sesuatu di pasaran Dollar.

Cuba kita lihat, kejatuhan US Dollar melawan kepada matawang yang lain, ia mungkin akan turut jatuh di dalam terma emas. Ini akan menunjukkan emas berada dalam keadaan pasaran ‘bull’. Tetapi apa akan berlaku jika kejatuhan emas di dalam terma matawang Euro ataupun Yen? Itu menunjukkan emas bukan berada dalam pasaran ‘bull’.

Jadi apa ia pasaran ‘bull’ dalam emas?

Satu definisi mudah ialah : bila emas meningkat naik di dalam terma matawang yang terpenting di dunia. Kita lihat empat (4) jenis matawang yang digunakan seluruh dunia secara meluas – US Dollar, Euro, British Pound dan Japanese Yen. Dan kita gunakan strategi mudah Steve. Begini ia akan bertindak:

Jika emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang pad bulan sebelumnya, Oleh itu beli emas. Ulangi pada bulan depan strategi ini.

Itu saja. Dan bila Steve mencubanya menggunakan data 40 tahun yang lepas, keputusannya amat memeranjatkan.

Apabila emas meningkat melawan kesemua empat (4) matawang utama dunia pada penghujung bulan baru-baru ini – Apabila strategi mudahnya menunjukkan masa untuk membeli emas – emas meningkat kepada kadar tahunan 35%. Strategi mudahnya berada di dalam keadaan ‘beli’ lebih kurang ketiga pada masa itu. (Pada masa yang lain, emas kehilangan wang.)

Jadi jika anda membeli emas bila mendapat ‘signal’, dan tukarkan emas itu kepada tunai bila ‘signal’ telah hilang, anda akan menukarkan pelaburan US$10,000 pada tahun 1971 kepada hampir $2 million hari ini.

Sejak tahun 1971, harga emas secara purata tahunannya meningkat sebanyak 9.2% setahun. Dengan menggunakan sistem mudah ini, di mana anda melaburkan 1/3 emas pada satu-satu masa, kekayaan anda akan menjadi secara purata 14.5% setahun.

Sistem ini mudah, tapi berkesan. Sejarah menunjukkan peramal terbaik bila emas akan meningkat naik iaitu apabila ia meningkat naik melawan matawang utama dunia.



(Segala kandungan artikel di atas merupakan pandangan Dr. Steve Sjuggerud yang telah dialih ke Bahasa Melayu)