Tuesday, March 30, 2010

KOLEKSI EMAS SEJAK BERURUSNIAGA

Minat terhadap emas ni,
mula-mula tu secara suka-suka untuk perhiasan sahaja,
lama-lama dah syok pula bila berurusniaga dengan kenalan rapat,
rasanya dah jatuh cinta dengan urusniaga emas nih.

Beli emas semasa kita ada duit,
Bila harga emas turun,nak beli lagi dah tak ada duit,
pergi la gadai kat Ar-Rahnu,
dapat 65% dari harga nilai emas,
beli emas lagi....
bila harga emas dah naik....jual lah.
pergi lah tebus yang masih kat gadaian tu,
jangan risau menukar wang kertas dengan emas...

Layan koleksi saya......langkah permulaan nih....


Ini koleksi tujuh keturunan gelang emas 'tamin' bertatahkan batu delima....tak boleh gadai sebab ada batu...rasanya batu delima ni mahal lagi dari emas ni....emasnya jenis'emas sembilan'.


 




SPREAD HARGA EMAS TERPILIH

Salam....
Entah mcmana tercetus pulak idea untuk mengkaji perbezaan harga spread emas tak kira samada emas simpanan buku pelaburan atau emas fizikal.....Harga emas yang dinilai kadar spread adalah pada 30mac2010.......sekadar berkongsi maklumat.Formula pengiraan spread adalah spt dibawah:

SPREAD HARGA EMAS=(Harga Jualan - Harga Belian)/(Harga Jualan)    x    100%

Kijang/oz @ RM3843-RM3695 @ 3.85%
Maple Leaf UOB/oz @ RM3781-RM3696 @ 2.25%
Kinebar UOB/oz @ RM3933-RM3748 @ 4.70%
Pamp UOB/oz @ RM3864-RM3719 @ 3.75%

Public Gold pula:

20gram @ RM2638-RM2480 @ 6.00%
50gram @ RM6565-RM6204 @ 5.5%
100gram @ RM13069-RM12416 @ 5.00%

PG 1 dinar @ RM545-RM512 @ 6.06%
PG 5 dinar @ RM2714-RM2565 @ 5.49%
PG 10 dinar @ RM5403-RM5133 @ 5.00%

Dinar Kelantan:

1 dinar @ RM516-RM461 @ 10.65%
2 dinar @ RM1019-RM910 @ 10.70%

Barang kemas baru:
916/g @ RM130.00-RM100.00 @ 23.08%

Barang kemas terpakai:
916/g @ RM118.00-RM100.00 @ 15.25%

Publicbank GIA/g: RM119.67-RM115.03 @ 3.88%
Maybank GSP/g : RM119.00-RM114.11 @ 4.11%

Namchiang Thai (berat 1 baht=15.244gram):

965.0 @ B17050-B16950 @ 0.59%
999.0 @ B17650-B17571 @ 0.45%

note: RM10.20=100 baht

Pilihan ditangan anda....

nak yang murah,
nak yang laris,atau
nak yang mahal,
nak yang boleh gadai kat Bank Rakyat,
nak yang 999.9 atau
nak yang 916

hubungi emaswarisan.blogspot.com/ untuk pulangan harga tertinggi berbanding kedai emas untuk jualan emas terpakai
h/p:019-45-123-45

Tuesday, March 16, 2010

KIJANG EMAS 15-MAC-2010=RM3873@spread 3.873%

Maaf...lama menghilang...menanti petunjuk baru......dah tiba!!!!

Harga Kijang Emas 15mac2010=RM3873/oz berbanding harga belian balik RM3723@spread=3.873%.
Bersamaan harga pada 5nov2009 juga RM3873 iaitu sekitar 4 bulan lepas.

Maknanya petunjuk disini adalah peluang keemasan yang harus direbut sebelum harga kembali melonjak.

Harga terbaik juga untuk Gold Maple Leaf UOB pada 15mac2010=RM3839/oz.
Spread yang terbaik hingga kini iaitu hanya 2.214% berbanding lain-lain kategori jongkong emas.

Jom...melabur....pakat beli kijang dan maple leaf...kemudian kita gadaikan untuk pusingan modal cash flow.....selepas gadai,cash 65% tu elok beli GSA Public Bank pula.

Tambahkan stok emas anda bilamana harga emas turun.