Terbukti ramalan aku semalam meleset,jam 9.45 pagi(waktu M'sia) pada 06/04/2010 harga kijang emas=RM3855 hari ini.Manakala maple leaf=RM3781.Kedua-dua harga ini menyusut berbanding semalam,sedangkan ramalan aku harga akan naik.Padahal jika dilihat pada graf kitco dibawah (perbezaan warna merah berbanding biru) amat ketara.
Rupa-rupanya faktor pengukuhan matawang ringgit berbanding dollar U.S. dimana kadar tukaran berlegar sekitar 1 U.S dollar = RM3.21 sahaja.Disebabkan pengukuhan ini,harga-harga emas di Malaysia bergerak menurun.Formula asasnya jika matawang dollar merosot,harga emas dunia (graf kitco) akan meningkat.Situasi ini memberi tambahan ilmu untuk aku yang baru belajar emas.
Untuk kepastian,cuba lihat harga emas dunia dalam matawang ringgit kat graf diatas, pada waktu yang setara dgn semalam iaitu jam 14.09 NY time,harga telah menyusut dari RM120.64/g kepada RM119.87/g padahal jika dilihat pada graf kitco,warna hijau (hari ini) berada diatas yang merah (semalam).
Sama-sama kita tunggu harga kijang emas 07/04/2010 jam 9.45am.
Aku lebih kepada kijang emas BNM sebagai guideline naik-turun harga emas di Malaysia.
Tapi kalau nak melabur,aku syorkan beli finegold 999.9 pamp suisse yang berat 100g sebab harga murah dipasaran berbanding kijang dan maple dll.
Harga sekitar RM115/g sahaja.
No comments:
Post a Comment