Saturday, May 1, 2010

EMAS KITCO SEMAKIN MENGHAMPIRI USD1200/OZ

Emas kitco sedang memacu megah melepasi 1180/oz bagi penutupan selesa minggu ini.
Maka,jangan jual emas anda....terus bertahan.Kalau ada modal,teruskan pembelian.

Suatu keajaiban telah berlaku 2 hari lepas dimana peningkatan harga emas seiring dengan peningkatan USD.
Berdasarkan pengalaman sejak setahun lepas,harga emas akan menyusut bilamana USD meningkat.

Seperti yang diberitakan,krisis hutang negara-negara blok Eropah telah mulai merebak.Bermula dengan Greece,kemudian berjangkit pula ke Portugal.Terkini,Sepanyol pula yang terkesan.

Perhatikan juga peningkatan harga minyak mentah iaitu USD86.06.
Ringgit didagangkan semakin bergaya iaitu 1USD=RM3.1855 sekarang.

Di Malaysia hari ini telah dengan rasminya pelancaran alternatif baru pelaburan emas...Kuwait Finance House menawarkan persaingan kepada GIA Public Bank dan Maybank Passbook Saving Account.(simpanan/belian emas dalam bentuk nilai berat(g) dalam buku simpanan pada  harga jualan semasa bank)

Layan graf dulu.....



No comments:

Post a Comment