Saturday, November 28, 2009

EMAS vs WANG KERTAS

Emas adalah salah satu unsur kimia. Simbol kimia emas adalah Au atau Aurum dan nombor atom 79. Karakter utamanya adalah logam lembut,mudah ditempa,mulur,logam peralihan,stabil iaitu tidak bertindakbalas dengan kebanyakan bahan kimia. Maksudnya emas tidak berinteraksi dengan bahan kimia atau senyawa yang lain.Dengan demikian, emas kekal dan berterusan selamanya - dan tetap berkilau sepanjang waktu!


Bentuk Emas Mentah

Emas digunakan oleh banyak industri, tetapi sejarah utamanya telah menggunakan emas untuk perhiasan dan matawang - kedua-duanya adalah dalam bentuk penyimpan nilai. Emas telah digunakan sebagai penyimpan nilai sekitar 5000 tahun lampau. Emas disukat dan dihargakan melalui Troy ouns dan Gram. Sebagai contoh emas (berkemampuan untuk menyimpan nilai): 2000 tahun yang lalu satu ouns emas dapat membeli pakaian yang berjenama dan berkualiti. Hari ini satu ouns emas juga masih boleh membeli pakaian yang berkualiti. Malah bakinya masih cukup untuk membeli beberapa kemeja, pakaian dalam,sepasang sepatu dan lain-lain.

Apabila dialoi dengan logam lain,perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir,emas 24 karat adalah emas tulin.

Sebagai pelaburan ketara,emas kadangkala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangkamasa panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya.

Emas menjadi semakin menarik disaat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya.


Graf pergerakan harga emas sejak tahun 2000 hingga 2009


Emas telah disebut sebagai "barometer ketakutan." Ketika pakar ekonomi cemas tentang ekonomi - mereka berpaling kepada emas dan menawarkan harga kepada emas. Dua hal utama yang membuat orang gelisah adalah deflasi dan inflasi. Kebanyakannya berfikir bahawa deflasi adalah "penurunan harga" dan inflasi adalah "kenaikan harga." Sebenarnya, naik dan turun harga adalah gejala. Akar penyebab berkurang (mengempis) atau meningkat (membesar-besarkan) dari jumlah wang yang beredar. Emas memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menyimpan nilai dalam kedua-dua gejala deflasi dan inflasi itu.


Rakyat Zimbabwee terpaksa 'menggendong' jutaan wang kertas bagi membeli barangan harian


Kaedah yang betul untuk berfikir tentang memiliki emas adalah sebagai simpanan atau pelaburan. Emas adalah penyimpan nilai yang hampir tercicir dari arus ekonomi. Tidak seperti bursa saham atau bon kerajaan - emas akan selalu mempertahankan nilainya. Hampir setiap negara mempunyai setidak-tidaknya satu "krisis matawang" yang teruk selama seratus tahun terakhir. Bagi mereka yang memiliki sebahagian dari kekayaan dalam bentuk simpanan dan pelaburan emas akan terselamat. Sayangnya ramai orang melihat tabungan emas mereka menjadi tidak berharga - kadang-kadang dalam hitungan hari.Simpanan emas akan dilihat bernilai untuk jangkamasa panjang.Nilai emas akan menjadi lebih utuh dan nilai yang kekal sepanjang zaman.


Nilai duit untuk membayar harga secawan kopi di Zimbabwee

Jadi, berfikir tentang emas sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Jangan berfikir emas sebagai cara untuk "membuat wang mudah." Lebih baik membeli emas dalam jumlah yang kecil tetapi secara teratur, setiap bulan misalnya, selama jangkamasa tertentu.Peruntukan 10% dari kekayaan dikhususkan untuk emas adalah keputusan peribadi dan bergantung pada situasi tertentu. Dalam jangkamasa ketidakpastian,peratusan tadi akan meningkat nilainya jauh lebih tinggi.


Tanda harga barangan pasar di Zimbabwee dalam nilai jutaan


Jangan khuatir tentang menjual emas ketika tiba saatnya. Emas diakui dan dihargai di mana-mana di dunia. Lebih mudah untuk menjual emas daripada membeli emas! Tentu saja emas dapat digunakan dalam perdagangan barter atau seperti yang terjadi selama ribuan tahun.


50 juta dollar untuk sesikat pisang di Zimbabwee





Secara ringkasnya,emas adalah aset berharga yang utuh terhadap ketidakpastian ekonomi. Emas dapat melindungi terhadap gejala deflasi dan inflasi walaupun wang fiat menjadi tidak bernilai.


Melaburlah dalam emas

JADIKAN SWISSCASH IKTIBAR KEPADA PELABUR NAK CEPAT KAYA

SUATU ketika dahulu, negara digemparkan dengan skim pelaburan SwissCash yang menjanjikan keuntungan dividen pelaburan 300 peratus dalam tempoh 15 bulan. Skim ini yang lebih dikenali sebagai skim Ponzi (dikenali sebegini atas nama Charles Ponzi yang mula menggunakan teknik penipuan ini di Amerika Syarikat pada awal tahun 1920-an) telah mengakibatkan beribu-ribu pelabur tertipu dengan modus operandinya melalui pelaburan Internet.

Skim ini telah membawa kepada campur tangan pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada pelabur-pelaburnya dalam tempoh jangka masa panjang.

Modus operandinya ialah membayar dividen dengan jumlah yang besar seperti dijanjikan kepada pelabur-pelabur awalnya untuk menarik pelabur-pelabur baru tetapi apabila telah menarik sebegitu banyak wang daripada pelabur-pelabur, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar.

Wang yang dilabur hangus sebegitu sahaja. Inilah taktik licik skim pelaburan Ponzi yang bukan sahaja dijalankan di negara kita bahkan di luar negara. Ambil sahaja contoh terbaru skim penipuan Ponzi yang dilakukan oleh Bernard Madoff yang mengakibatkan anggaran kerugian hampir AS$65 bilion.

Pada umumnya, seseorang pelabur pastinya tertarik dengan keuntungan dividen yang tidak mampu ditawarkan oleh mana-mana bank dan institusi kewangan di pasaran semasa. Sesiapa sahaja yang mendengar cerita dari rakan-rakan dan sanak saudara yang telah melabur dan memperolehi dividen keuntungannya pasti terpengaruh dengannya.

Maka, tidak menghairan apabila 80 peratus pelabur skim ini merupakan golongan profesional dan cerdik pandai lelaki. Golongan inilah merupakan sasaran skim pelaburan sebegini kerana mereka merupakan golongan banyak wang dan sering memikirkan cara untuk mendapatkan keuntungan yang terbaik.

Bahkan, skim ini menggunakan modus operandi melalui Internet agar senang mengabui mata pihak berkuasa. Teknik sebegini juga boleh mempengaruhi golongan profesional yang rata-rata mahir dalam penggunaan teknologi maklumat.

Setiap pelabur tidak kira latar belakang pendidikan mestilah mengetahui beberapa asas pelaburan. Pertama, mereka seharusnya mengetahui jenis pelaburan tersebut. Adakah pelaburan tersebut merupakan pelaburan yang samar-samar dan tidak diketahui di manakah wang yang dilaburkan akan digunakan oleh skim tersebut?

Kedua, di dalam perniagaan, tidak ada pelaburan yang mampu memberi jaminan seratus peratus keuntungan ke atas pelaburan yang dibuat. Setiap pelaburan pastinya adanya risiko keuntungan dan kerugian. Jika pelaburan itu memberi jaminan keuntungan tanpa adanya risiko kerugian, bermakna ia bukannya satu perniagaan dan pelaburan biasa. Perniagaan yang menjanjikan keuntungan sebegini ialah “perniagaan luar biasa” seperti mengedar dadah, pelacuran dan perjudian.

Ketiga, persoalan kenapakah pengendali skim pelaburan itu sendiri tidak melabur sedangkan diketahui bahawa keuntungannya adalah terjamin? Apa gunanya mereka mengutip wang daripada orang lain jika mereka sendiri boleh mendapat keuntungan yang amat besar? Alasan bahawa mereka memerlukan wang sebagai modal merupakan satu alasan yang biasa diungkapkan tetapi tidak patut diterima bulat-bulat.

Maka, apabila Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan bahawa wang pelaburan SwissCash sebanyak RM30 juta akan dipulangkan semula kepada 3,000 pelabur bukan sahaja membawa berita gembira kepada pelabur-pelabur berkenaan tetapi juga patut dijadikan iktibar kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat pelaburan.

Skim sebegini akan sentiasa mempelbagaikan modus operandi mereka, dan kita pastinya tidak pernah lupa dengan skim Pak Man Telo yang telah menipu begitu ramai pelabur di Malaysia pada awal tahun 1990.

Di negara kita, begitu banyak cara melabur yang boleh digunakan meskipun keuntungan tidak sebegitu tinggi berbanding dengan pelaburan skim SwissCash tetapi ia masih lagi kompetitif dan lebih selamat. Di tambah lagi, pada masa sekarang, adanya sistem kewangan Islam, pelabur-pelabur seharusnya mengambil peluang ini untuk membuat pelaburan melalui instrumen kewangan Islam.

Tidak kurang pentingnya ialah pelaburan emas yang merupakan satu lagi instrumen pelaburan yang telap inflasi. Oleh sebab itulah, pada masa sekarang, banyak negara mengesyorkan agar mata wang kertas ditukar kepada mata wang dinar emas yang mana emas sentiasa mempunyai nilai yang tinggi.

Apa yang penting di sini, seseorang bakal pelabur mestilah memahami selok belok sesuatu pelaburan dan juga elakkan daripada sifat ingin cepat mendapatkan keuntungan dalam tempoh jangka masa pendek.

Sifat ingin cepat kaya, tamak dan tidak sabar serta inginkan keuntungan yang besar serta-merta sebenarnya boleh membawa kepada malapetaka kerugian yang amat besar dalam tempoh jangka masa panjang.

sumber: utusan malaysia.

Wednesday, November 25, 2009

GOLD TO RISE TO USD1,300/OZ BY Q4 2010

KUALA LUMPUR, Nov 24 (Bernama) -- The investment case for gold has become increasingly compelling with the Central Bank of London buying and a structural change in interest for gold as an investment product among retail customers, according to the latest research from Standard Chartered in London.

"Although the upside will be capped by lower jewellery demand, the increased availability of scrap gold as prices surge to new highs and a periodic dollar strength in the first half of 2010, will see gold moving higher to average US$1,300/oz in Q4-2010 once the dollar resumes its weakening trend," said Helen Henton, global head of commodity research at Standard Chartered.

Gold has averaged US$955/oz so far this year.

In its Commodities Quarterly report, Standard Chartered also forecast that corn and palm oil are likely to benefit from firmer energy prices in the second half of next year.

It also said that after plummeting in Q4-2008, commodity prices have performed well this year.

Crude oil prices are also up 74 per cent, but the energy complex as a whole is down this year as natural gas prices have been weighed down by a massive oversupply.

Crude oil demand which bottomed in Q2 is now edging higher.

The levels of demand is still however below previous peaks. Standard Chartered does not expect the crude oil demand to return to the previous peak (in Q4-2008) before 2012.

The weak demand growth and potential among the leading producers to expand output is likely to keep crude prices capped, with the average price for Q4 of 2010 forecast at $88 per barrel.

Crude oil has averaged $60 a barrel so far this year.

Among agricultural commodities, which have underperformed other commodities this year, corn is expected to lead prices higher in 2010 as a result of poor weather conditions in the United States and China.

Corn and palm oil are also likely to benefit from firmer energy prices in the second half of next year.

In contrast, the winning agricultural commodities of 2009 - sugar and soy beans – are likely to underperform as improved crops flood the market, dampening prices. -- BERNAMA

Monday, November 23, 2009

5 RAHSIA EMAS

Sekiranya diberikan pilihan diantara emas atau helaian kertas kata-kata hikmat,ramai yang akan memilih emas.Ramai yang akan memilih emas disebabkan harga emas yang semakin melonjak kini dan mengenepikan helaian kertas kata-kata hikmat.Esoknya mereka akan menangis kerana emas sudah tiada lagi disebabkan mereka tidak mengetahui rahsia emas.Lima rahsia emas adalah :

1.Emas menjelma dalam kuantiti yang banyak kepada orang yang memperuntukkan sepersepuluh dari jumlah pendapatannya bagi membina empayar dirinya dan keluarganya.Simpan dan laburkan secara bijak sepersepuluh bahagian itu demi masa depan keluarga.

2.Emas akan memperhambakan dirinya dengan taat setia kepada orang yang bijaksana,yang menceburkan diri terhadap kerja yang menguntungkan.Emas adalah pekerja yang rajin,sentiasa mahu melipatgandakan usaha bila ada peluang.

3.Emas bergantung kepada orang yang mengawal secara berhati-hati ke arah pelaburan yang menguntungkan seiring dengan ilmu serta panduan yang bijak.

4.Emas akan menghilangkan diri dari orang yang melabur tanpa ilmu atau tanpa restu dan persetujuan oleh orang-orang yang mahir dengannya.

5.Emas akan lesap dari orang yang memaksanya untuk perolehan yang mustahil atau mendapat nasihat dari penipu atau menggunakannya ke arah pelaburan akibat tamak haloba.

Fikir-fikirkanlah....EMAS adalah wang.......hikmah lebih baik dari EMAS.

EMAS MEGAH MENUJU USD1170/oz

Baru nak belajar update blog nih.....minat punya pasal terhadap emas,aku tak sabar menunggu kaunter dibuka awal pagi ini.Penutup minggu lepas harga kitco USD1150.90/oz.
Semasa artikel ini ditulis,harga emas dengan megahnya sedang menuju ke puncak.Harga terkini dah mencecah USD1163.70/oz.

Selamat Mendaki Emas......

Sunday, November 22, 2009

Sejarah Dinar Emas dan Dirham Perak

Kemasyhoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Penggunaan dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916.6 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvensional yang seringkali menjadi mangsa penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan secara mudah.

Saturday, November 21, 2009

NEW CURRENCY NEEDED,says UN - BLOOMBERG


1. For a long time now Malaysians have been questioning why we must use the United States' Dollar for international trade, why we cannot use a dinar or any other currency. But Malaysians are not supposed to know anything about money, about finance. So nobody listens.

2. Now it is the United Nations which is saying that its member countries should agree on the creation of a global reserve bank to issue a new currency and to monitor the national exchange rates of its members, according to Bloomberg reporting on the Geneva-based UN Conference on Trade and Development.

3. The report said that China, Brazil and Russia this year called for a replacement of the Dollar as the main reserve currency after the financial crisis sparked by the collapse of the mortgage market led to the worst global recession since World War II.

4. The United States as the whole world knows is existing on unlimited loans by the rest of the world. US Dollar bonds are bought by every country in the belief that they would represent their reserves. Such bonds seem to be available all the time, unlike bonds issued by other countries which are for specific amounts.

5. If the US Dollar is not used for trade payments and loans, then there would be no demand for it. Obviously this would cause the US Dollar to be devalued. When it is devalued all the countries holding Dollar bonds would lose their reserves very substantially. So the countries with huge Dollar reserves would resist any move that would reduce the value of their reserves.

6. The US itself would resist as devaluation of the US Dollar would make it a very poor country. It cannot then remain the imperial power that it is now.

7. If the US Dollar is not to be used for trade and reserves, what currency should replace it? The Euro and the Yen seems suitable but it is doubtful if either Europe or Japan would want their currencies to be used the way we use the Dollar now.

8. The suggestion that a new currency be issued by a new global reserve bank is very attractive. Some people would like to use gold dinars.

9. The actual name of the currency is not important but backing by gold is important. If the new currency is used only for trade settlements (just as the US Dollar is now used) the proposal would be quite feasible.

10. Whatever, the world needs to discuss this proposal seriously. As the report says, a new currency would help to protect the emerging market from "confidence game" of financial speculation. And Malaysia falls into the category of emerging markets.

11. Maybe Malaysia might embolden itself to champion this proposal. Maybe!

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
09hb.Sept.2009

DINAR EMAS

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD
04hb.Nov.2008
sumber: http://chedet.co.cc/

Friday, November 20, 2009

-eLoK MeLaBuR dAlAm BeNtUk EmAS-

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.



Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.



Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.



Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.



Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.



Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.



Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.



Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.



Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.



Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.



Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).



Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.



Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.



Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?


Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.



Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.



Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.



Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.



Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.



Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.



Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.



DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)



Sumber : www.utusan.com.my