Thursday, December 24, 2009

MASIH BERTENAGA DIPENGHUJUNG 2009....


Nampaknya harga emas kembali bertenaga setelah merosot sejak dibuka awal minggu ini pada kedudukan USD1112.40/oz.Kenaikan indeks matawang dollar Amerika melepasi 78.00 mata,telah mengiringi penurunan harga emas di bawah paras USD1100/oz.



Index Matawang USD semakin meningkat


 
Memberi impak kepada penurunan harga emas di bawah USD1100/oz


Biar pun dilihat seakan-akan 'berehat' setelah penat menurun,kini emas mula mengumpul tenaga bagi melonjak semula melepasi paras USD1100/oz.

Adakah penanda aras ini kembali goyah?
Sama-sama kita perhatikan persaingan hebat antara harga emas dan indeks matawang USD ini.

Adakah lonjakan harga emas ini akan berterusan??
Atau emas sekadar memberitahu nilainya yang sebenar pada situasi kini.....!!!



                                                         
Indeks USD yang sedang merosot


 
Harga emas sedang mendaki ke paras melepasi USD1100/oz




Harga emas sedang meningkat (dalam RM/gram)


Walau apapun,inilah masa yang sesuai untuk memiliki emas.Dikhuatiri indeks matawang USD terus lemah menjelang selepas Hari Natal dan perayaan Krismas.Seterusnya perayaan sambutan tahun baru 2010.Akan menyebabkan harga emas terus naik.

Diharap harga emas akan lebih stabil berbanding keadaan sekarang yang telahpun selesa.Jika pada ketika harga emas masih rendah dulu pun,kita tidak mampu memilikinya kerana nilainya dikatakan mahal.Apatah lagi nilainya pada masa sekarang.Apakah nilai emas pada tahap sekarang dalam tempoh 2 tahun lagi?

Pada penilaian saya,penurunan indeks USD pada kadar 1% akan memberi kesan kenaikan pada harga emas sebanyak 2.34%.

Bagaimana kalau indeks USD pula yang naik 1%.Berapa % pulak harga emas akan turun?

Apa tindakan kita semua?Walau bagaimanapun....

MILIKILAH EMAS SEBELUM HARGA MENINGKAT LEBIH TINGGI,
BAGI MENJAMIN PELABURAN DAN MELIPATGANDAKAN KEKAYAAN ANDA.





1 comment: