Mulai dengan kalimah ALLAH dan beristighfar,semoga segala urusan kita dipermudahkanNya.
2010 telah membuka tirainya...masa berlalu begitu pantas.Detik permulaan abad-21 iaitu tahun mellinium 2000 baru sahaja kita rasa....rupanya dah kita tinggalkan 10 tahun dibelakang.
Sesungguhnya maha suci Allah yang menjadikan siang dan malam,silih berganti.Sumpah Allah itu benar...Demi MASA..sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian.......
Renungkan juga...baru-baru ini,bermulanya sambutan Aidil Adha yang jatuhnya pada Jumaat.
Diikuti dengan Krismas (permulaan tahun masihi) juga jatuh pada Jumaat.
Maal Hijrah juga pada Jumaat.
Permulaan 2010 juga jatuhnya tanggal Jumaat.
Di iringi dengan 15Muharram berlakunya gerhana bulan,juga Jumaat.
Apakah hikmatnya.....masyaAllah..
Apakah hikmatnya.....masyaAllah..
Peredaran matahari dan bulan....memberi petunjuk kepada makhluk bumi yang beraqal untuk berfikir.Menginsafi diri.Banyaklah memberi...akan nanti banyak juga yang akan diperolehi.
Memetik pesanan Loqmanul Hakim kepada anaknya:
Ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara....
...ingat-ingatlah kebaikan orang kepada kita.
...ingat-ingatlah pemberian orang kepada kita.
...lupa-lupakanlah kejahatan orang kepada kita (maafkanlah)
...lupa-lupakanlah pemberian kita kepada orang.
Semoga rezeqi kurniaan Allah akan terus melimpah-ruah.
Berbalik kepada garis mula emas tahun 2010.
Pembuka tirai pada harga kitco USD 1096.50/oz @ USD 35.25/gram pada kedudukan index USD 77.92 mata.
Harga emas 24K bermula pada harga USD 38.66/g
22K pula pada harga USD 35.42/g
Manakala 18K pada harga USD 29.00/g
sekian...sekadar info.
HARGA EMAS KITCO USD/OZ (garis mula=1096.50)
HARGA EMAS KITCO USD/GRAM (garis mula=35.25)
INDEX USD (garis mula=77.92)
1/1/10 garis mula USD 1096.50/oz..kalau panjang umur kita sama-sama lihat garis penamat pada 31/12/10..~amin
ReplyDeleteya..betul tu..InsyaAllah,Putri.Tapi kita kena yakin..kedudukan emas berada pada tahap mana sepanjang 2010 ini.Saya nekad,emas akan mencecah USD1500/oz menjelang 2011.
ReplyDeleteRamalan saya agak sedikit meleset dimana menjelang penghujung 2010,harga graf kitco berada pada USD1421.60/oz.
ReplyDeleteW/apapun kenaikan sepanjang 2010 amat memberangsangkan.
Jom sama-sama melabur dalam emas.